“Jangan menghina jarum yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.”-Nur Fatihah bt. samsudin 4G/2011 .

Labels

Powered by Blogger.

Histori Tulisan Jawi

Perkataan Jawi berasal daripada perkataan Al-Jawi yang digunakan oleh orang-orang Arab yang datang ke Kepulauan Melayu. Mereka menggunakan perkataan al-Jawi kerana antara pulau-pulau Melayu yang terkenal pada ketika itu ialah Pulau Jawa. Keterangan ini dapat dibuktikan melalui catatan para pedagang Arab seperti Yaqut (Mu’jam Al-Buldan), Abu al-Fida (Taqwin al-Bundan) dan Ibn Batutta (Rihlat Ibn Bathutta). Ini boleh diterima sebagai satu kemungkinan yang kukuh bahawa skrip Jawi itu dinamakan oleh orang Arab untuk merujuk kepada penduduk di Jawa / Sumatera sebagai al-Jawah yang beragama Islam dan bertutur bahasa Melayu.

Mengikut G.H Werndly bahawa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi Pulau Sumatera. Berbeza pula dengan pendapat Raffles bahawa perkataan Jawi bagi orang Melayu bermaksud kacukan seperti dalam ungkapan Anak Jawi iaitu kacukan daripada bapa keling dan ibu Melayu. Dengan yang demikian timbul istilah Jawi Peranakan.
Wiikinson pula mensinonimkan Jawi dengan Melayu seperti yang terdapat pada ungkapan berikut :
“…Jawikannya…” yang bermaksud terjemahnya ke dalam bahasa Melayu. Kebetulan pada masa itu tulisan Jawi sedang popular digunakan oleh masyarakat setempat. Selain itu, terdapat perkataan Jawi yang boleh diistilah sebagai Malayu, umpamanya dalam kitab Seribu Masalah terdapat kata-kata seperti berikut :
     “ …Kitab….yang daripada bahasa Parsi…dipindahkan kepada Bahasa Jawi….oleh Muhammad Mizan bin Haji Khatib Taha…yang berbangsa al-Jawi dari Palembang…pada tahun 1230 Hijrah.”
Istilah Jawi pula telah menjadi ikutan orang-orang Malayu yang menamakan tulisan Arab sebagai tulisan Jawi. Za’ba mengatakan bahawa tulisan Melayu huruf Arab itu biasanya disebut orang pada ketika itu sebagai tulisan Jawi. Perkataan Jawi juga turut dikaitkan dengan rangkai kata seperti Tanah Jawi, turun ke Jawi, kitab Jawi, ulamak Jawi, orang Jawi, masuk Jawi dan sebagainya. Berdasarkan kepada keterangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa “ Jawi adalah nama yang diberikan kepada seluruh bangsa di Kepulauan Melayu, sementara bahasa yang digunakan ialah bahasa Jawi dan tulisan yang digunakan dinamakan tulisan Jawi”

....bersambung....
 

MUAT TURUN BAHAN

MUAT TURUN BAHAN

KOMUNITI JPN PENANG